Monday, July 22, 2013

Kopi Hijau Turunkan Berat Badan

Sejak Dr Oz bercerita tentang kehebatan kopi hijau pada akhir tahun 2012, permintaan terhadap produk ini naik secara mendadak di USA. Produk ini cukup berkesan bagi tujuan penurunan berat badan. Ia juga bermanfaat buat pesakit jantung dan penghidap kencing manis. Bahan paling menonjol dalam ekstrak kopi hijau ini adalah asid chlorogenik; sejenis antioksidan semulajadi yang mampu melawan aktiviti radikal bebas dan menurunkan kadar glukos dalam darah. Ia juga pada masa yang sama melambatkan proses penuaan, melancarkan perjalanan darah dan membaikpulih otot-otot.

Kini permintaan terhadap produk berasaskan kopi hijau sudah melebihi dari produksi. Ini kerana banyak testimoni hebat lagi berkesan tersebar secara lisan mahupun melalui blog-blog dan juga diskusi dimedia sosial. Nampaknya permintaan terhadap produk berasaskan kopi hijau ini sangat menggalakkan. Malahan bunga kopi itu sendiri boleh menghasilkan ekstrak bunga asid chlorogenik yang mengandungi bahan aktif sesuai untuk anti-virus dan anti-bakteria.  

Melalui perkembangan menarik ini, pokok kopi dan buahnya sangat diperlukan oleh rakyat Malaysia masa kini terutama kepada pesakit kencing manis dan buat mereka yang obes kerana kadar peningkatan obesiti di negara ini kian membimbangkan. Apapun jangan sesekali makan kopi hijau yang maung itu kerana kadar kefain yang tinggi di dalamnya boleh menyebabkan banyak kesan sampingan. Memakan kopi hijau yang mentah itu sangat merbahaya. Kita berharap sangat agar ada universiti di Malaysia seperti UKM dapat menerajui penghasilan produk kopi hijau ini secara komersial untuk pasaran tempatan.



No comments:

Post a Comment